Kelas Ngajat (Senawah Tari)

14 Ogos 2023 | Aktiviti Terkini

13 Ogos 2023 (AHAD)- Kelas Ngajat ini merupakan kesinambungan kelas ngajat pada 3 Ogos 2023. Untuk makluman, Kelas Ngajat ini akan diadakan sebanyak 8 kali Kelas dan adakan setiap hari Ahad jam 2.00 petang sehingga 4 petang.

PEDI Machan telah bekerjasama dengan Persatuan Kebudayaan Dan Kesenian Tajai Sarawak, Tenaga pengajar PN.Daisy Helen Jupa telah Berjaya menjayakan Kelas Ngajat yang pertama kalinya di Pekan Machan. Kelas Ngajat tersebut telah diadakan di PEDI Machan. Seramai 15 Orang peserta telah mengikuti kelas tersebut.

Objektif kelas ini adalah untuk membantu masyarakat Iban untuk terus memperkasakan kebudayaan tradisi mereka serta mengajar kemahiran ini kepada generasi muda agar mereka tahu budaya dan identiti kaum sendiri.

Seterusnya, bagi mengetengahkan PEDI Sebagai pusat dalam menyediakan program keusahawanan kearah Ekonomi DIGITAL.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali